Wednesday, December 21, 2011

sports : Persebaya uji kesebelasan terbaik Kelantan





KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Kelantan bersedia mengubati kerinduan peminat menonton aksi kesebelasan terbaiknya menjelang sepak mula Liga Malaysia musim depan bakal berhadapan dengan pasukan dari Indonesia, Persebaya Surabaya. 

Bagi menghangatkan lagi perlawanan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju mengaturkan perlawanan timbal-balik untuk merebut Piala Permai dengan skuad Cik siti Wan Kembang itu dipilih sebagai tuan rumah pertama di Kota Bharu. 

Sementara pertemuan kedua akan berlangsung pada 28 haribulan depan di Surabaya.

Menurut Timbalan Presiden FAM dan merangkap Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa berkata berkata perlawanan itu merupakan anjuran bersama Liga Prima Indonesia (LPI) dan Malaysia Super League (MSL) serta dipersetujui oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelantan merupakan antara pasukan yang rancak melakukan persiapan terbaik bagi mengharungi musim 2012 yang sibuk kerana selain misi memburu trofi dalam pertandingan di Liga Malaysia, Sang Kijang turut mengibarkan maruah negara dalam saingan Piala AFC. 

Persebaya yang mempertaruhkan dua pemain dari Australia termasuk Mario Karlovic yang pernah beraksi Brisbane Roar serta seorang pemain Brazil dan Cameroon kini menduduki tangga kelapan LPI selepas mengharungi tiga perlawanan. 

Kekuatan sebenar Kelantan yang kembali dibimbing Peter Butler masih terlalu awal untuk diperkatakan berikutan bakal diperkuatkan dengan kemasukan empat pemain import serta beberapa pemain muda yang diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama. 

Peter Butler dilaporkan cenderung menggunakan formasi 4-3-3 dengan penggempur berbisa musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha belum berupaya membentuk gandingan digeruni bersama-sama Mohamed Ghaddar dan Danny Antwi. 

Pelawat juga seperti sudah membuat kerja rumah dengan jurulatih Persebaya, Divaldo Alves yang berasal dari Portugal menganggap kapten pasukan berusia 29 tahun itu memiliki corak permainan seperti Cristiano Ronaldo. 

Beliau turut mengingatkan anak buahnya agar berwaspada dengan kelibat Norshahrul serta barisan hadapan pasukannya memiliki tugas sukar menembusi benteng Kelantan yang sudah pasti akan dikawal rapi penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat. 






jom ramai-ramai tengok bola kelantan lawan indon..
see u at there....
jgn lepas kan peluang ini....



No comments:

Post a Comment