Tuesday, May 17, 2011

Sepi seorang perempuan

Air mata bagaikan sahabat
Tiada siapa yang mampu mengerti
Ingin sahaja aku lari sehingga ke
hujung dunia
Namun apakah dayaku
Kerana aku hanya seorang
perempuan....

Perginya bagaikan sebuah mimpi
ngeri untukku
Biarpun pedih menanggung rindu
Aku harus bangkit melawan
kedukaan
Kalah bukan matlamatku
Biarkanlah mendung itu berlalu...

Kini tinggal lah cintku yang duka
Tiada lagi kata manis berbisik di
telingaku
Semuanya telah pergi bersama
sepiku
Terbuka di dalam kalbu
Inilah bingkisan sepi seorang
perempuan

Princess Lina
n.9


No comments:

Post a Comment