Tuesday, January 24, 2012

Patah Seribu


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah


Duhai engkau sang pasangan tulang rusukku, mungkin suatu saat kau akan merasa lelah membimbingku. Tapi kumohon jangan pernah menyerah membimbingku. Meski harus berkali – kali kau memberitahuku karena kemampuan mencernaku yang lamban. Tapi setiap kata yang berhasil kucerna, tak akan kubiarkan keluar dari otakku.

Duhai engkau sang pasangan tulang rusukku, tulus harapku kuhaturkan padamu, semoga engkau bisa menghadirkan semua itu. Menjadikanku insan bahagia dengan kasihmu. Membuatku semakin dekat dan mencintai Rabb-ku.

Duhai engkau sang pasangan tulang rusukku, siapa dan dimana dirimu kini akupun tak tahu. Berharap kemurahan-Nya akan menghadirkan cinta-Nya padamu dan menuntunmu padaku. Bertaut dalam halal-Nya lewat ikatan suci penuh cinta-Nya.

Monday, January 23, 2012

bila ia berjauhan di hati


setiap hari ku membayangkan..
dirimu yang jauh di hati ku
senyuman mu membuat ku teringgat
hinggalah ku membanyangkan dirimu
di sisi ku
walaupun kau berjauhan dari ku
hanya ku mampu berdoa pada ilahi
ku pohon pada dirinya
untuk membuka pintu hatinya itu
ku tidak sanggup menyimpan perasaan ini
ku ingin luah kan pekataan cinta ini pada mu
ku takut untuk berkata pada mu
tapi hati ku amat menyayangi dirimu
setiap kata pun ku patut mengigutinya
setiap kata mu aku tidak membantahnya
namun perasaan sayang ku pada dirimu itu
membuat ku terasa sayang pada mu
hanya ku inginkan kau menemani ku
hingga akhir hayat ku
kerana cinta ku hanya untuk dirimu sayang ku
ku berharap kau tahu segalanya
cinta itu milik kita berdua

~~~~~
setiap tidur ku sentiasa memipikan mu
setiap doa ku sentiasa mendokan dirimu
agar kita akan bersama..
setiap kali ku akan sentiasa memikirkan diri mu
ku berharap kau ketahuinya
adakah diriku bersendirian
atau kesedihan
ku berharap kau ketahuinya....
kerana ku amat menyayangi mu

~~~~~~~

princess lina
n.9

Sunday, January 22, 2012

are u know this~~~~ about boy


KORANG X PHM LELAKI (BAIK) -Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya- Perempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain? Lelaki : Saje.. Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy? Lelaki : Mana ada.. Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain? Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit.. Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''? Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah.. --> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej.. Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.. Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"..



Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis

Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Sepsis


Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2012: Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.
Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.
Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.
Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Sekalung takziah daripada warga kerja murai.com.my. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.